BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, February 10, 2011

Rapuhnya Institusi Kekeluargaan...

Akhir ini banyak sangat terdengar, terbaca, malahan ade yang berlaku depan mata... begitu rapuhnya sesebuah institusi kekeluargaan sehingga isteri tinggalkan suami untuk mencari keseronokan, suami pula bermain kayu tiga, anak2 dengan perbagai kes sosial.. Bukan itu sahaja, malah sanggup berbunuh sama sendiri.. isteri @ suami yang tergamak membunuh anak sendiri, merogol anak sendiri, malahan membunuh diri atas sebab2 yang dikatakan tak logik dek akal...

Kenapa?....

Adakah suami @ isteri tersebut tidak memainkan peranan, tanggungjawab sebagai suami, sebagai isteri.. anak2 kurang didikan.. kurang ketegasan dari ibu bapa?... Di dada2 akhbar jelas mempamerkan kisah2 isteri2 yang tidak lagi takut dengan dosa.. sanggup tinggalkan suami kerana mengejar kemewahan yang tidak tercapai ketika bersama si suami.. Wahai si suami, bertindaklah secara profesional.. rujuklah mane2 pihak yang lebih arif mengenai hal2 berkaitan dengannya.. janganlah bertindak mengikut nafsu amarah...

Kepada kaum yang bergelar isteri... tunaikan tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak2 anda.. jangan abaikan tanggungjawab ini selagi hayat dikandung badan..

p/s: saya amat sayangkan suami, anak-anak dan rumahtangga yang saya telah bina 7 tahun ni.. semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga.. semoga allah panjangkan jodoh kami, dan jauhi kami dari masalah2 yang boleh meruntuhkan kasih sayang kami sekeluarga...

>>>>> sekadar luahan hati dari pemerhatian<<<<<<<

Sunday, February 6, 2011

C.N.Y @ Home...

C.N.Y tahun ni jatuh hari khamis... dan sempena dgn itu public holiday sampai ke ahad.. (3,4,5 & 6 feb).. biase nyer kalau cuti2 panjang mcm ni aku ler org yang sibuk buat plan bercuti.. tp kenapa kali ni seakan2 malas jer nak plan ape2...

Akhirnya, public holiday yang 4 hari tu aku & anak2 berkurung dalam rumah jer.. kemas2 rumah...abis semuanyer aku basuh.. selimut, satung bantal, langsir.. entah ape2 lagi.. abis dah takder ae nk buat?

Hari ke-2 cuti lagi best.. kul 10pg aku dah siap masak untuk makan tghr.. anak2 pun mkn cepat.. kul 11.00pg dah makan tghr.. yang paling best kul 12thgr dah tido...

Ni ler dinamakan rehat sepuas2 nyer.. puas ker? mcm tak puas jer?

Tuesday, February 1, 2011

Bulan Cinta... Bulan Berkasih Sayang...

Uik? Jangan salah faham dengan tajuk diatas.. bukan niat untuk meraikan "Valentine Day" yang biasenyer disambut bulan Feb.. Tapi meraikan ulangtahun perkahwinan yang jatuh pada bulan Feb juga...

Tapi, sebernarnya, bukan bulan ni jer..mase untuk berkasih sayang..merekatkan cinta.. sebernarya sepanjang tahun...

tadaaa.... ni gambar pada 21.02.2004... dah 7 tahun dah...


Monday, January 31, 2011

Pengotor!!!!

Entry kali ni nak sentuh isu sensitif.. tak tahu sejauh mane sensitif nyer tapi sekurang2 nyer fahamlah sket perasaan orang lain... bukan nak mengumpat, bukan nak mengata... bukan juga nak membuka aib tapi berharap kejadian itu tak berulang...

Setelah 3 tahun keluarga ku menghuni Taman Bestari indah, sudah kali ke2 kami bertukar jiran.. Jiran terdahulu sepasang suami isteri bekerja sebagai askar..bukan dari johor.. telo ckp pun ade lain sket.. tp aku tak kisah..sbb mereka jenis tak masuk campur hal org lain.. buat hal sendiri jer.. walaupun sesekali telinga aku panas dek kerana salah seorg mereka tertinggal kunci..gegaran2 pintu pagar tu yg buat telinga aku berdesing... Jiran yg ke-2 ni orang johor...suami isteri & seorang ank kecil seusia 1 thn...

Masalahnyer bermula apabila suamiku terjumpa 1 bungkusan surat khabar di belakang rumah kami.. ye bungkusan surat khabar yang kami sendiri tak tau dari mana.. lantas dibelek bungkusan tersebut, rupenyer ada TAHI KUCING dalam bungkusan tersebut.. untuk pengetahuan, selama ni mmg kami ade terdengar bunyi kucing yg seolah2 terperangkap dalam rumah.. semua jiran telah ku tanyakan perihal kucing tersebut, tak der tuan yang mengaku ada membela kucing sehinnga kejadian terjumpa bungkusan TAHI KUCING tersebut.. pertama kali jumpa kami diamkan diri.. tp boleh dikatakan kerap lah ada bungkusan TAHI KUCING tu.. lantas ku cuba untuk menyiasat angkara siapa ..

Tuhan telah makbulkan doa kami.. kebetulan mlm tadi, selangkah aku keluar dari pintu pagar, ternampak seolah2 patung KUCING depan pintu rumah jiran sebelah.. setelah ku amati, bukan patung, tapi KUCING betul... wah! ni lah manusia yang selalu membuang bungkusan TAHI KUCING dibelakang rumah aku... apelah punyer perangai.. kenapalah tak dibuang dalam tong sampah saje????.... kenapalah mesti nak kotorkan belakang rumah aku?... manusia tak tak tau bahasa..... tolonglah!!! tolong jaga kebersihan!!!

p/s; kepada jiran tersebut, aku & suami telah bersihkan kesemua TAHI KUCING anda... tolonglah buang TAHI KUCING tersebut dalam tong sampah depan rumah anda.. Jagalah perasaan jiran2..

Friday, January 28, 2011

Taugeh Oh Taugeh...

 

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
 
o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
 
o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!

p/s : walaupun banyak khasiat pasal taugeh ni.. aku tetap tak boleh telan.. tak tau kenapa..

Thursday, January 20, 2011

Aktiviti Anak2 Time Cuti Sekolah...

Alkisahnyer nak cerita pasal aktiviti anak2 ni semanjak masing2 dah bersekolah... Walaupun hari cuti, dioarg tetap bangun tido awal.. kul 6 lebih dah bangun.. tenggek kejap kat motosikal papa tu, tggu papa nak bawa round2 keliling taman macam biase.. bile time balik umah tanye mama pasal sarapan pagi.. Nasib baik roti potong2 tu masih ada, mama terus sapu dengan jem.. leh ler buat alas perut time2 pagi2 macam ni.. ingatkan time2 budak tak sekolah leh ler mama rehat sket...

Kul 11.00pg kakak dah cakap lapar... Mama punyer lah masak cepat2.. si kakak siap tggu kat dapur, tggu mama masak... lepas makan tido... baru ler lega sket... tido mcm orang nak balas dendam.. smpi ke petang plak tu.. dah ler tu mcm orang tido time malam.. siap berselimut..hamparkan toto kecik tu depan tv.. tido depan tv...

Kalau salah sorang dah bangun, kompen sorang lagi dh bangun sama.. terutama kalau adik bangun dulu.. sebab adik ni tak leh buat keje diam2.. mesti nak buat kecoh.. kakak ape lagi, klu dah dengar2 adik bangun dia pun ikut sama... petang start ler main basikal, kadang2 tu klu tak main basikal diaorg dok jer dlm umah.. klu main dalam umah.. semua alat tulis leh keluar.. abis semua bersepah2..

Malam kalau takder aktiviti lain.. seawal kul 8.30 diaorg dah tido balik... sebab tu kul 9.00 mama dah matikan lampu.. jimat lagi tahun ni.. ( dah 2 thn bil api tak yah bayo)... Kesian kat anak2 mama ni.. penat sgt rupenyer...

Monday, January 17, 2011

Langit Tak Selalu Cerah...

Pagi ni merupakan pagi yang paling malang dalam bulan ni.. rasenyer kot!.. semua gara-gara anjing liar yang banyak berkeliaran kat kawasan tempat aaku bekerja ni.. dibawah wilayah MBJBT!.. saje nk highlight...
Entah kenapa arini aku tergerak hati nak pakai kasut yang raya ni... mungkin salah satu sebabnyer adalah mood.. arini kan ahari isnin, so, nak cari mood lah pagi2 isnin ni supaya tak der 'monday blues' tp nampaknye 1 hari ni mood mmg spoil abis.. disebabkan anjing liar ni semua!!!!...

Alkisahnyer, pg ni aku datang keje seperti biase, setelah mengemas ofis, aku pun capai selipar epun ofis untuk pegi beli sarapan pagi.. yang hanye beberape langkah dr pintu ofis... setibanyer aku kat ofis, aku nampak kasut aku tggl sebelah jer.. aku tanye ler makcik2 cleaner tu, diaorg dengan selamba cakap anjing dah bawa lari... Memikirkan kasut tu mahal, aku pun bertindaklah nak kejar plak anjing tu, berbekalkan sebatang penyapu dan sehelai plastik, ku capai kuci kereta dan pergi ke tempat 'port' anjing2 liar tersebut...



Sedihnyer hati yang tak terkata, bile tengok kasut tu tak tak berupa kasut.. sudah di kirai2 kan oleh 2 ekor anjung hitam... Waktu tu rase mcm nak tembak jer anjing2 tu semua.. rase mcm nak hambat dengan penyapu sekor2 sampai mati... eeeeiiiii.. geram yang teramat sgt!!!! kurang ajo itu anjing!!!.. mmg dasar anjing!!!!.. eeeeiiiii.. sampai tak tak tau nak cakap ape....

Kasut Carlo Rino ni.... aku beli mase bulan pose tahun lepas.. nak pakai raya.. mmg jarang nak pakai kasut ni kecuali ada majlis2 tertentu... Bukannyer RM10, RM20 beli... huhuhu... yang tambah sedih sbb mase nak beli kasut ni siap minta duit kat husband tu.. huah huah huah... anjing tu mmg anjing ler....

Untuk makluman, kawasan ni mmg banyak anjing.. dan dah banyak kali mengadu kat pihak MBJBT... tp aku tak tau ler diaorg ni.. senyap jer.. Pegilah arahkan pihak2 berkenaan tangkap anjing2 liar tu... Amik ler tindakan sket... Nnt kalau kena pada korang baru padan muka!!!... Geram yang belum padam lagi...