BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, February 10, 2011

Rapuhnya Institusi Kekeluargaan...

Akhir ini banyak sangat terdengar, terbaca, malahan ade yang berlaku depan mata... begitu rapuhnya sesebuah institusi kekeluargaan sehingga isteri tinggalkan suami untuk mencari keseronokan, suami pula bermain kayu tiga, anak2 dengan perbagai kes sosial.. Bukan itu sahaja, malah sanggup berbunuh sama sendiri.. isteri @ suami yang tergamak membunuh anak sendiri, merogol anak sendiri, malahan membunuh diri atas sebab2 yang dikatakan tak logik dek akal...

Kenapa?....

Adakah suami @ isteri tersebut tidak memainkan peranan, tanggungjawab sebagai suami, sebagai isteri.. anak2 kurang didikan.. kurang ketegasan dari ibu bapa?... Di dada2 akhbar jelas mempamerkan kisah2 isteri2 yang tidak lagi takut dengan dosa.. sanggup tinggalkan suami kerana mengejar kemewahan yang tidak tercapai ketika bersama si suami.. Wahai si suami, bertindaklah secara profesional.. rujuklah mane2 pihak yang lebih arif mengenai hal2 berkaitan dengannya.. janganlah bertindak mengikut nafsu amarah...

Kepada kaum yang bergelar isteri... tunaikan tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak2 anda.. jangan abaikan tanggungjawab ini selagi hayat dikandung badan..

p/s: saya amat sayangkan suami, anak-anak dan rumahtangga yang saya telah bina 7 tahun ni.. semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga.. semoga allah panjangkan jodoh kami, dan jauhi kami dari masalah2 yang boleh meruntuhkan kasih sayang kami sekeluarga...

>>>>> sekadar luahan hati dari pemerhatian<<<<<<<

0 comments: