BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 23, 2010

Minggu2 Terakhir Yang BZ...

Dua minggu lagi tahun baru akan menjengah.. bermakna dua minggu lagi, adik aku a.k.a Suria akan melangsungkan pernikahannya pada 01.01.2011.. harap2 majlis akan berjalan dengan lancar dan sempurnanya... Aku?.. tahun 2011 aku dah memikul gelaran ank sulung setelah 'along' pergi meninggalkan kami 6 bulan lepas...(02 june 2010)... Selaku anak sulung, aku jugak terpikul beban macam mak, abah.. mane nak uruskan itu, ini, nak kene beli barang itu, ini, hantar kad jemputan lagi.. semua aku!!!..kadang2 sampai tercakap sorang dengan 'along'...Rase macam tak nak sibukkan diri, tapi bila cakap taknak jer, makin lah sibuk tu datang cari kita..ye ker?....

Masalah sekolah yang tak selesai lagi....
Sekolah plak, time2 01 hb tu lah nak kena bayar yuran tu lah, orientasi lah, taklimat ibu bapa lah.. huhuhu... Macam nak kene belah dua badan ni.. sibuk dengan umah mak, sibuk dengan anak nak sekolah.. tu belum lagi nak apply cuti...harap-harap bos approvekan cuti yang belum plan lagi tu......

Monday, December 20, 2010

Hari Yang Huru-Hara, Haru Biru...

Pagi isnin yang huru hara... haru biru jadinya, bile jumaat lepas dapat surat yang menyatakan pertukaran sekolah agama anak ke sekolah agama bandar tiram... terdiam sejenak!. yelah, sedangkan daftar ke sekolah agama sekolah bukit tiram pun tak abis pikir.. ni lagi ditambah nk tukar ke bandar tiram... Dulu, sekolah tu nk cuma 200 pelajar darjah 1 jer.. masa aku daftar dapat no 140.. kira oklah.. tup2 kene tukar plak! so, arini pagi2 aku dah masuk ofis.. disebabkan tak abis pikir punye pasal, aku pun buat tak endah jer apabila disuruh ambil dokumen berkaitan disekolah agama berkenaan.. mesti ler semua org serbu waktu yg sama.. mane lagi aku nk masuk keje kul 9! dah ler ari isnin...

So, work smart! aku pun call sekolah agama bandar tiram, tanye pasal pertukaran sekolah tu.. then aku siap ckp yg aku tak gi amik dokumen lagi sebab ramai orang.. Cikgu sekolah tu benarkan aku isi borang pastu esok lusa baru dtg hanatar dokumen.. Terima kasih banyak2 cikgu.. sbb saya memang tak suka orang ramai2 serbu tu... nak berasak2 lagi.. Seawal 8.45 aku dah sampai kat sekolah agama bandar tiram tu.. orang tak ramai lagi.. fuhhh lega!!!!.. isi borang kejap pastu trus gi keje balik... Tapi masa nk balik barulah orang berpusu2 sampai kat sekolah tu.. macam2 rungutan dengar.. aku pun nak merungut jugak.. tp dalam hati jer lah... semua orang hadapi masalh yang sama... dengan masalh transport lagi kan?.. cuma lepas daftar kat sini aku pun jadi lebih tenang sket.. sbbnya, aku kan keje kat tiram jer, senang sket aku nak uruskan Aleeya waktu tghr.. kalau sebelum ni plan nyer lunch hour terpaksa nak berkejar ke bkt tiram utk pass beg sekolah & nak hantar lunch pada Aleeya.. skrg tak payah lagi.. kira waktu lunch aku cume tggu Aleeya kat sekolah jer.. takder lah jauh sgt...Selesai masalah.. heheheh...

tengah kusut2 ni rase macam nak mandi kat air terjun yang nyaman jer...
hehehehe..

Thursday, December 16, 2010

Manusia Tak Semua Sempurna...

Entah kenapa tetibe arini teringat kat seseorg 'insan' ni.. nak luah sikit perasaan 'perasan' insan tersebut... hehehe.. nasib badan ler.. nak cerita kat orang nanti dah dikategorikan lain mengumpat plak...
Alkisah bermula.. aku memang kenal kat seorang insan...nak kata rapat tak jugaklah gitu-gitu jer.. Sepanjang mengenalinya aku rase aku takder buat silap kat dia pun.. tapi kenapa macam ada 'sesuatu' antara aku dgn dia.. Sesuatu ape ek?..sesuatu yang tak bestlah... Nak dijadikan cerita 'insan' tersebut ada menjalankan perniagaan internet.. entah ape2 entah... dan kebetulan aritu aku tgah sebey barang kat FB & jumpe ler blog dia.. aku pun tanye lah pasal barang tu.. then jawapannyer seolah2 mcm aku ni tak leh cari barangtersebut kat tmpt lain.. macam ler cuma dia jer yang jual benda tu... tu tak per lagi lah.. aku leh tahan.. yang buatkan aku rase mcm aku nk megaku mmg tak kenal dgn 'insan' tu.. leh ker lepas tu siap reply dengan sindiran.. Halooo... macam lah aku tak der duit nak kemaruk sangat nak beli barang ko tu yer.. jangan lah perasan sgt ye.. sebab aku rase ramai manusia kat luar sana tu ada jual barang tu... Tengoklah diri sendiri.. kalau dah bagus sangat kenape kene tipu???... padan ler muka...
Manusia ni bukan semua sempurna.. mungkin Allah anugerahkan kelebihan pada A dan kekurangan A ada pada B... Jadi haruslah beringat.. Aku bukan takder duit nak beli barang tu, tapi tak per lah.. biarlah tak beli dari sakit hati dengan kata-kata 'manis' insan tersebut.. manis yang berlawanan.... Kepada 'insan' tersebut.. semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati kamu...
Seorang lagi insan plak yang aku kenali juga menjalankan perniagaan internet.. Biasanyer 'pre-order' memerlukan deposit, tp 'insan' ni mmg terang2 menyatakan deposit tidak diperlukan sewaktu order.. then aku pun tanye balik, betul ker tak payah letak deposit.. 'insan' tersebut pun menjawap :" mmg tak payah letak deposit mase order.. tp klu dah order jgn buat2 lupe plak.. lepas order terus lari..." fuhhh ayat!!!.. aku yang kejar penjual tu adelah.. sbb biasenyer dah bank in deposit.. pastu penjual senyap jer... Kesimpulannyer aku pun mmg tak jadi order dgn orang yang mcm ni.. tak per lah cari org lain jer...
Kalau nak berniaga gunalah ayat2 yang agak sopan sket.. tak salah berbudi bahasa.. kamu jugak yang untung.. dari nak marah2.. sindir2.. nnt tak der plak orang nak beli barang kamu tu... hehehe..

Tuesday, December 14, 2010

Blog Baru...2011

Bismillahirahmanirrahim..........

Membuka tirai 2011.. aku pun terpaksa buka blog baru.. entah untuk sekian kalinya, aku try cari blog lama aku hilang entah kemana... huhuhu... sungguh2 sedih!!!, dalam blog lama aku dedikasikan, aku luahkan rasa hati untuk 'abang tersayang'.. kini dah hilang...

2011.. tahun baru, azam baru... lagi?? (azam lame dahtercapai ker?).. tukar cara hidup baru... Aleeya kini 7 tahun bermakna dunia baru menanti anakku... Aleeya kini darjah 1 (Sekolah Kebangsaan Tmn Bukit Tiram).. Jadual baru untuk Aleeya.. pagi sekolah kebangsaan & petang sekolah agama... cian anak mama.. kadang2 mama yang rase macam tak sanggup nak tengok Aleeya penuhi seharian waktu kat sekolah.. tapi mama nak anak mama pandai.. nak tak nak terpaksa.. semua orang akan lalui saat ni.. dan kini sampai masa untuk aku..
Arissa pula 5 tahun.. seperti kakaknya yang bersekolah seawal 5 tahun.. aku pun nak berlaku adil untuk si adik.. Arissa masuk Tadika Pasti Tmn Puteri Wangsa... anak mama yang sorang ni pun.. mama macam tak confident jer.. sebab selalu main jer kat umah, tak macam si kakak... mama macam tak confident nak suro dia sekolah, tp untuk kebaikan adik jugak!.. mama try lah dulu.. awal2 ni memang lah mama risau tapi dah lama2 nanti oklah.. Kakak & adik pandailah sesuaikan diri dengan sekolah masing - masing...

Sempena tahun baru 2011 ni.. semoga keluarga kami akan lebih bahagia & bahagia selamanya... semoga aku lebih tabah tempuhi hidup.. (aku yang semakin kuat berbanding dulu..)lebih tabah menghadapi masalah2 akan datang...
moga2 tahun 2011 ni tak der lah banyak masalah... hehehe...

taaadaaa... gambar kami sekeluarga sewaktu bercuti di Kuching, julai 2010...
bile ler nak gi lagi....

Peringatan Bersama..........

Daripada  Ali, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi ALLAH menimpakan bencana ke atas mereka iaitu :

  • Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu sahaja
  • Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
  • Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  • Apabila suami terlalu mentaati isteri
  • Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya
  • Apabila seseorang itu lebih memuliakan temannya daripada ibu bapa sendiri
  • Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising
  • Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid
  • Apabila pemimpin sesebuah kaum adalah orang yang dihina kaumnya sendiri
  • Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya
  • Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis
  • Apabila ramai lelaki memakai sutera
  • Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki
  • Apabila wanita mula bermain alat muzik
  • Apabila orang terkemudian menghina orang terdahulu

 

Maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi. "