Dua minggu lagi tahun baru akan menjengah.. bermakna dua minggu lagi, adik aku a.k.a Suria akan melangsungkan pernikahannya pada 01.01.2011.. harap2 majlis akan berjalan dengan lancar dan sempurnanya... Aku?.. tahun 2011 aku dah memikul gelaran ank sulung setelah 'along' pergi meninggalkan kami 6 bulan lepas...(02 june 2010)... Selaku anak sulung, aku jugak terpikul beban macam mak, abah.. mane nak uruskan itu, ini, nak kene beli barang itu, ini, hantar kad jemputan lagi.. semua aku!!!..kadang2 sampai tercakap sorang dengan 'along'...Rase macam tak nak sibukkan diri, tapi bila cakap taknak jer, makin lah sibuk tu datang cari kita..ye ker?....
Masalah sekolah yang tak selesai lagi....
Sekolah plak, time2 01 hb tu lah nak kena bayar yuran tu lah, orientasi lah, taklimat ibu bapa lah.. huhuhu... Macam nak kene belah dua badan ni.. sibuk dengan umah mak, sibuk dengan anak nak sekolah.. tu belum lagi nak apply cuti...harap-harap bos approvekan cuti yang belum plan lagi tu......
Thursday, December 23, 2010
Minggu2 Terakhir Yang BZ...
Luahan oleh suhana at 8:19 PM 0 comments
Monday, December 20, 2010
Hari Yang Huru-Hara, Haru Biru...
Pagi isnin yang huru hara... haru biru jadinya, bile jumaat lepas dapat surat yang menyatakan pertukaran sekolah agama anak ke sekolah agama bandar tiram... terdiam sejenak!. yelah, sedangkan daftar ke sekolah agama sekolah bukit tiram pun tak abis pikir.. ni lagi ditambah nk tukar ke bandar tiram... Dulu, sekolah tu nk cuma 200 pelajar darjah 1 jer.. masa aku daftar dapat no 140.. kira oklah.. tup2 kene tukar plak! so, arini pagi2 aku dah masuk ofis.. disebabkan tak abis pikir punye pasal, aku pun buat tak endah jer apabila disuruh ambil dokumen berkaitan disekolah agama berkenaan.. mesti ler semua org serbu waktu yg sama.. mane lagi aku nk masuk keje kul 9! dah ler ari isnin...
So, work smart! aku pun call sekolah agama bandar tiram, tanye pasal pertukaran sekolah tu.. then aku siap ckp yg aku tak gi amik dokumen lagi sebab ramai orang.. Cikgu sekolah tu benarkan aku isi borang pastu esok lusa baru dtg hanatar dokumen.. Terima kasih banyak2 cikgu.. sbb saya memang tak suka orang ramai2 serbu tu... nak berasak2 lagi.. Seawal 8.45 aku dah sampai kat sekolah agama bandar tiram tu.. orang tak ramai lagi.. fuhhh lega!!!!.. isi borang kejap pastu trus gi keje balik... Tapi masa nk balik barulah orang berpusu2 sampai kat sekolah tu.. macam2 rungutan dengar.. aku pun nak merungut jugak.. tp dalam hati jer lah... semua orang hadapi masalh yang sama... dengan masalh transport lagi kan?.. cuma lepas daftar kat sini aku pun jadi lebih tenang sket.. sbbnya, aku kan keje kat tiram jer, senang sket aku nak uruskan Aleeya waktu tghr.. kalau sebelum ni plan nyer lunch hour terpaksa nak berkejar ke bkt tiram utk pass beg sekolah & nak hantar lunch pada Aleeya.. skrg tak payah lagi.. kira waktu lunch aku cume tggu Aleeya kat sekolah jer.. takder lah jauh sgt...Selesai masalah.. heheheh...
Luahan oleh suhana at 11:57 AM 0 comments
Labels: Ape2 aje
Thursday, December 16, 2010
Manusia Tak Semua Sempurna...
Luahan oleh suhana at 11:56 PM 0 comments
Labels: Ape2 aje
Tuesday, December 14, 2010
Blog Baru...2011
Bismillahirahmanirrahim..........
Membuka tirai 2011.. aku pun terpaksa buka blog baru.. entah untuk sekian kalinya, aku try cari blog lama aku hilang entah kemana... huhuhu... sungguh2 sedih!!!, dalam blog lama aku dedikasikan, aku luahkan rasa hati untuk 'abang tersayang'.. kini dah hilang...
2011.. tahun baru, azam baru... lagi?? (azam lame dahtercapai ker?).. tukar cara hidup baru... Aleeya kini 7 tahun bermakna dunia baru menanti anakku... Aleeya kini darjah 1 (Sekolah Kebangsaan Tmn Bukit Tiram).. Jadual baru untuk Aleeya.. pagi sekolah kebangsaan & petang sekolah agama... cian anak mama.. kadang2 mama yang rase macam tak sanggup nak tengok Aleeya penuhi seharian waktu kat sekolah.. tapi mama nak anak mama pandai.. nak tak nak terpaksa.. semua orang akan lalui saat ni.. dan kini sampai masa untuk aku..
Arissa pula 5 tahun.. seperti kakaknya yang bersekolah seawal 5 tahun.. aku pun nak berlaku adil untuk si adik.. Arissa masuk Tadika Pasti Tmn Puteri Wangsa... anak mama yang sorang ni pun.. mama macam tak confident jer.. sebab selalu main jer kat umah, tak macam si kakak... mama macam tak confident nak suro dia sekolah, tp untuk kebaikan adik jugak!.. mama try lah dulu.. awal2 ni memang lah mama risau tapi dah lama2 nanti oklah.. Kakak & adik pandailah sesuaikan diri dengan sekolah masing - masing...
Sempena tahun baru 2011 ni.. semoga keluarga kami akan lebih bahagia & bahagia selamanya... semoga aku lebih tabah tempuhi hidup.. (aku yang semakin kuat berbanding dulu..)lebih tabah menghadapi masalah2 akan datang...
moga2 tahun 2011 ni tak der lah banyak masalah... hehehe...
Luahan oleh suhana at 11:55 PM 0 comments
Labels: Family
Peringatan Bersama..........
Daripada Ali, Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi ALLAH menimpakan bencana ke atas mereka iaitu :
- Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu sahaja
- Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
- Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
- Apabila suami terlalu mentaati isteri
- Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya
- Apabila seseorang itu lebih memuliakan temannya daripada ibu bapa sendiri
- Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising
- Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan di dalam masjid
- Apabila pemimpin sesebuah kaum adalah orang yang dihina kaumnya sendiri
- Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya
- Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis
- Apabila ramai lelaki memakai sutera
- Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki
- Apabila wanita mula bermain alat muzik
- Apabila orang terkemudian menghina orang terdahulu
Maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi. "
Luahan oleh suhana at 11:53 PM 0 comments
Labels: Peringatan





