BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Monday, January 31, 2011

Pengotor!!!!

Entry kali ni nak sentuh isu sensitif.. tak tahu sejauh mane sensitif nyer tapi sekurang2 nyer fahamlah sket perasaan orang lain... bukan nak mengumpat, bukan nak mengata... bukan juga nak membuka aib tapi berharap kejadian itu tak berulang...

Setelah 3 tahun keluarga ku menghuni Taman Bestari indah, sudah kali ke2 kami bertukar jiran.. Jiran terdahulu sepasang suami isteri bekerja sebagai askar..bukan dari johor.. telo ckp pun ade lain sket.. tp aku tak kisah..sbb mereka jenis tak masuk campur hal org lain.. buat hal sendiri jer.. walaupun sesekali telinga aku panas dek kerana salah seorg mereka tertinggal kunci..gegaran2 pintu pagar tu yg buat telinga aku berdesing... Jiran yg ke-2 ni orang johor...suami isteri & seorang ank kecil seusia 1 thn...

Masalahnyer bermula apabila suamiku terjumpa 1 bungkusan surat khabar di belakang rumah kami.. ye bungkusan surat khabar yang kami sendiri tak tau dari mana.. lantas dibelek bungkusan tersebut, rupenyer ada TAHI KUCING dalam bungkusan tersebut.. untuk pengetahuan, selama ni mmg kami ade terdengar bunyi kucing yg seolah2 terperangkap dalam rumah.. semua jiran telah ku tanyakan perihal kucing tersebut, tak der tuan yang mengaku ada membela kucing sehinnga kejadian terjumpa bungkusan TAHI KUCING tersebut.. pertama kali jumpa kami diamkan diri.. tp boleh dikatakan kerap lah ada bungkusan TAHI KUCING tu.. lantas ku cuba untuk menyiasat angkara siapa ..

Tuhan telah makbulkan doa kami.. kebetulan mlm tadi, selangkah aku keluar dari pintu pagar, ternampak seolah2 patung KUCING depan pintu rumah jiran sebelah.. setelah ku amati, bukan patung, tapi KUCING betul... wah! ni lah manusia yang selalu membuang bungkusan TAHI KUCING dibelakang rumah aku... apelah punyer perangai.. kenapalah tak dibuang dalam tong sampah saje????.... kenapalah mesti nak kotorkan belakang rumah aku?... manusia tak tak tau bahasa..... tolonglah!!! tolong jaga kebersihan!!!

p/s; kepada jiran tersebut, aku & suami telah bersihkan kesemua TAHI KUCING anda... tolonglah buang TAHI KUCING tersebut dalam tong sampah depan rumah anda.. Jagalah perasaan jiran2..

Friday, January 28, 2011

Taugeh Oh Taugeh...

 

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
 
o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
 
o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!

p/s : walaupun banyak khasiat pasal taugeh ni.. aku tetap tak boleh telan.. tak tau kenapa..

Thursday, January 20, 2011

Aktiviti Anak2 Time Cuti Sekolah...

Alkisahnyer nak cerita pasal aktiviti anak2 ni semanjak masing2 dah bersekolah... Walaupun hari cuti, dioarg tetap bangun tido awal.. kul 6 lebih dah bangun.. tenggek kejap kat motosikal papa tu, tggu papa nak bawa round2 keliling taman macam biase.. bile time balik umah tanye mama pasal sarapan pagi.. Nasib baik roti potong2 tu masih ada, mama terus sapu dengan jem.. leh ler buat alas perut time2 pagi2 macam ni.. ingatkan time2 budak tak sekolah leh ler mama rehat sket...

Kul 11.00pg kakak dah cakap lapar... Mama punyer lah masak cepat2.. si kakak siap tggu kat dapur, tggu mama masak... lepas makan tido... baru ler lega sket... tido mcm orang nak balas dendam.. smpi ke petang plak tu.. dah ler tu mcm orang tido time malam.. siap berselimut..hamparkan toto kecik tu depan tv.. tido depan tv...

Kalau salah sorang dah bangun, kompen sorang lagi dh bangun sama.. terutama kalau adik bangun dulu.. sebab adik ni tak leh buat keje diam2.. mesti nak buat kecoh.. kakak ape lagi, klu dah dengar2 adik bangun dia pun ikut sama... petang start ler main basikal, kadang2 tu klu tak main basikal diaorg dok jer dlm umah.. klu main dalam umah.. semua alat tulis leh keluar.. abis semua bersepah2..

Malam kalau takder aktiviti lain.. seawal kul 8.30 diaorg dah tido balik... sebab tu kul 9.00 mama dah matikan lampu.. jimat lagi tahun ni.. ( dah 2 thn bil api tak yah bayo)... Kesian kat anak2 mama ni.. penat sgt rupenyer...

Monday, January 17, 2011

Langit Tak Selalu Cerah...

Pagi ni merupakan pagi yang paling malang dalam bulan ni.. rasenyer kot!.. semua gara-gara anjing liar yang banyak berkeliaran kat kawasan tempat aaku bekerja ni.. dibawah wilayah MBJBT!.. saje nk highlight...
Entah kenapa arini aku tergerak hati nak pakai kasut yang raya ni... mungkin salah satu sebabnyer adalah mood.. arini kan ahari isnin, so, nak cari mood lah pagi2 isnin ni supaya tak der 'monday blues' tp nampaknye 1 hari ni mood mmg spoil abis.. disebabkan anjing liar ni semua!!!!...

Alkisahnyer, pg ni aku datang keje seperti biase, setelah mengemas ofis, aku pun capai selipar epun ofis untuk pegi beli sarapan pagi.. yang hanye beberape langkah dr pintu ofis... setibanyer aku kat ofis, aku nampak kasut aku tggl sebelah jer.. aku tanye ler makcik2 cleaner tu, diaorg dengan selamba cakap anjing dah bawa lari... Memikirkan kasut tu mahal, aku pun bertindaklah nak kejar plak anjing tu, berbekalkan sebatang penyapu dan sehelai plastik, ku capai kuci kereta dan pergi ke tempat 'port' anjing2 liar tersebut...



Sedihnyer hati yang tak terkata, bile tengok kasut tu tak tak berupa kasut.. sudah di kirai2 kan oleh 2 ekor anjung hitam... Waktu tu rase mcm nak tembak jer anjing2 tu semua.. rase mcm nak hambat dengan penyapu sekor2 sampai mati... eeeeiiiii.. geram yang teramat sgt!!!! kurang ajo itu anjing!!!.. mmg dasar anjing!!!!.. eeeeiiiii.. sampai tak tak tau nak cakap ape....

Kasut Carlo Rino ni.... aku beli mase bulan pose tahun lepas.. nak pakai raya.. mmg jarang nak pakai kasut ni kecuali ada majlis2 tertentu... Bukannyer RM10, RM20 beli... huhuhu... yang tambah sedih sbb mase nak beli kasut ni siap minta duit kat husband tu.. huah huah huah... anjing tu mmg anjing ler....

Untuk makluman, kawasan ni mmg banyak anjing.. dan dah banyak kali mengadu kat pihak MBJBT... tp aku tak tau ler diaorg ni.. senyap jer.. Pegilah arahkan pihak2 berkenaan tangkap anjing2 liar tu... Amik ler tindakan sket... Nnt kalau kena pada korang baru padan muka!!!... Geram yang belum padam lagi...

Tuesday, January 4, 2011

Adik Ke Tadika...

Tahun ni adik (ARISSA) dah 5 tahun.. Adik dah kena masuk tadika.. mcm kakak dulu..seawal 5 thn mama dah sekolahkan walaupun mendapat tentangan dari papa awalnyer... Tapi mama ni nekad, klu masa tu papa taknak sekolahkan kakak awal2.. takut jemu katanyer.. mama tetap berfikiran positif.. mama tak fikir pasal jemu, tapi mama fikir pasal sebanyak mane ilmu yang boleh anak mama dapat selama 2 thn di tadika.. mase tu semua perbelanjaan mama tanggung sorang2.. Alhamdulillah, tahun ni papa tolong mama kuarkan bajet untuk kakak & adik sekolah...

Adik.. erm, pagi ni mama & papa hantar adik ke Tadika Pasti Tmn Puteri Wangsa.. mula2 tu adik mmg suka.. nampak cool jer.. sampai2 kat sekolah, ramai plak kengkawan adik.. mama teman adik masuk dalam kelas dia, pastu mama tggu kat luar dengan papa.. Mula2 tu ok jer, tp dalam kul 9 lebih tu adik kuar kelas terus menangis.. adik suro mama dok sebelah dia, temankan dia dalam kelas.. tak boleh lah dik...sampai sudah dia menangis.. last2 dlm kul 10.30 tu mama tgglkan adik dengan cikgu dia.. Bukan adik jer yang mcm tu..ada lagi budak2 yang menangis mcm nak rak.. huhuhu...

11.00pg mama tggu lagi kat sekolah tu, mama nak kenalkan adik dengan transport dia, mase balik tu dia dah cool balik.. siap lambai2 mama mase dia naik transport.. suka agaknyer naik transport bawa pusing2 hantar budak2.. Pagi ni mama h/day jer.. mama kena masuk ofis.. Awal2 tahun nak buat rekod baik.. taknak amik cuti byk2...

Monday, January 3, 2011

Selamat Melangkah Alam Persekolahan Anak-anak Ku...

Bermula lah alam persekolahan bagi Aleeya (kakak).. seawal 5.30 pagi mama dah bangun, nak siapkan kakak untuk hari pertamanya ke sekolah... Kakak macam biase ler.. suka tido lewat & bangun lewat.. payah betul nak kejutkan dari tido.. Padahal dari malam sebelumnya, dah puas mama ingatkan suri tido awal... mungkin kakak tak biasa & tak serasi dengan jadual barunya... Seawal 6.30pg mama, kakak dan Arissa (adik) dah tunggu transport kakak.. Pagi tu, mama ikut transport kakak pakai kereta.. nak tengokkan kakak kat sekolah.. adik pun ikut sekali..

Maka, hari pertama persekolahan 'berkampunglah' mama, adik serta ibu bapa2 lain yang sama tujuan dengan mama.. Kalau kakak ni, mama tak risau sangat, sebab mama tau kakak pandai bawa diri.. 8.30pg, mama & adik balik, sbb pagi tu mama & adik lom mandi lagi.. adik nak sarapan (adik mmg kuat makan).. tapi tak sempat panaskan 'punggung' kat rumah dah kena gi sekolah balik, sbb kakak nak break.. mama nak ajarkan kakak gunakan duit... dan tengahhari tu mama datang balik untuk pastikan kakak naik transport yang betul... tapi masa tu mama & adik lom makan tghr lagi...huhuhu...

Petang pulak, bergegas ke sekolah agama, ingatkan dapatlah makan nasi bungkus sama dengan kakak & adik, tp transport masa tu ada masalah, kakak masuk kelas tanpa makan tghr...Kesian betul tgaok kakak & adik... sama2 ikut berlapar dengan mama.... Balik sekolah jer tiga beranak ni makan ler nasi dengan sepuas2 nyer... Baru sehari kakak sekolah, dah tak ter'handle' mama... tp tak per, kite kan cuba sesuaikan jadual baru kita ni...

Esok , cerita versi sekolah adik plak...

Saturday, January 1, 2011

Raikan Cinta Suria & Khairul (01.01.2011)

Sempena Tahun Baru 2011... mari meraikan cinta Suria & Khairul 01.01.2011.. berlangsung di teratak ayahanda & bonda... bertemakan biru.. menyaksikan penyatuan dua hati diakhiri dengan pernikahan yang diadakan petang jummat 31.12.2010...

selesai majlis pernikahan... Selamat Pengantin Baru...

Maka, bertambahlah lagi seorang ahli keluarga baru... Selamat datang ke keluarga En. Ab Rahman Bin Men buat 'adik ipar' yang baru En Khairul Muzani Bin Othman a.k.a 'pak etam'.. lepas ni jgn plak terperanjat bila anak2 buat panggil pak etam yek!.. Buat Suria a.k.a 'mak etam' selamat menempuh alam baru.. alam berumahtangga... kena pandai jaga suami.. yang penting kene pandai masak.. kalau tak pandai, macam tak biasa call @ sms aku minta resepi...

majlis bertandang ke melaka 
 
Majlis Bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 08.01.2011.. rombongan bertandang dari johor bahru seramai 40 org ( sewa 1 bas tuh)..hehehe... majlis berjalan lancar & semua telah selesai...

saje nak 'interprem' gambar ni... hehehe